Followers

Sunday, September 27, 2009

Al-Fatihah buat anak murid ku....Nadhirah..............

Ya Allah......
Daripada Engkau aku hidup.....
Kepada Engkau jua aku kembali......

Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh Tengku Nur Nadhirah......

Lewat petang 4 Syawal baru2 ni, dalam pukul 6 ptg. Ma telefon bagitahu yang anak didik ku yang bernama Nadhirah telah pergi buat selama-lamanya.... pergi menghadap Yang MAha Esa.....

Berita pemergiannya itu membuatkan aku terkedu di saat aku sedang berehat bersama keluarga tercinta. Aku langsung x percaya yang dia dah xde...hati ku sebak mengingatkan saat-saat terakhir aku berjumpa dengan arwah iaitu hari khamis, hari terakhir persekolahan sebelum cuti beraya....

pada ketika itu, aku pulang lewat dari sekolah kerana terdapat sedikit urusan. Arwah pun sama, dia terlibat dengan majlis penyampaian hadiah bagi pelajar yang memenangi pertandingan hafazan al-Quran.

ketika aku sedar yang dia masih lagi di sekolah, aku bertanya pada arwah, jikalau dia nak tumpang balik. tapi arwah menolak, katanya ibunya dalam perjalanan. aku senyum dan sempat mengucapkan Selamat Hari RAya padanya....

dan ptg hari raya ke-4, aku mendapat perkhabaran tersebut.... sungguh aku tak sangka dia akan pergi secepat ini.....aku menelefon kawan2nya.... tetapi hanya dapat berhubung dengan MAisarah di mana Maisarah juga x tahu akan perkhabaran ini. aku berjanji akan mengambil Sarah di rumahnya untuk pergi menziarahi arwah...

sesampai di rumah arwah, begitu ramai kenalan arwah serta ibu bapa arwah yang hadir untuk berjumpa buat kali terakhir....

ahli keluarga, sanak saudara dan rakan taulan sdg bersedih di atas pemergian arwah...ku melihat katil yang menempatkan arwah.....hati ku tiba2 sebak....sebak sehingga ingin menitiskan air mata...terkenang sikap dan sifat arwah yang baik hati serta lemah lembut orgnya.... seorang pelajar yang berbudi bahasa, mendengar kata, rajin, hormat akan guru2.....

Nadhirah.....walaupun saya hanya kenal awk seketika cuma, saya tahu awk pelajar yang baik dan insyaAllah akan berjaya dengan cemerlang, kerana awk pelajar yang rajin.tapi sayang Allah lebih menyayangi awk...lebih daripada kedua ibu bapa awk, abg, kakak n adik awk, saudara awk, cikgu2 n kwn2 awk.....

terima kasih kerana sempat membantu saya ketika klinik matematik walaupun hanya 1 pertemuan sahaja....terima kasih kerana menjadi pelajar saya yang rajin, baik dan hormat akan saya...InsyaAllah...saya akan sentiasa mendoakan awk di sisi-Nya....... Semoga awk tergolong dlm golongan org2 yang beriman dan disayangi-Nya.....

Nadhirah............awk dalam kenangan..................al-Fatihah...................